Rabu, 16 November 2011

Lawatan ke Balai Bomba Muara







Pada hari sabtu lepas, 12hb November 2011, sekolah kami telah membuat lawatan ke Balai Bomba Muara pada pukul 9:30 pagi. Kami telah di sambut oleh para pegawai dan beberapa ahli bomba. Pada lawatan tersebut kami telah diberi penerangan mengenai Jabatan Bomba, peranan dan fungsi Jabatan Bomba. Di samping penerangan mengenai alatan bomba, kami juga telah di beri kesempatan untuk menaiki kenderan bomba dan juga buih buih untuk memadam kebakaran minyak. pihak kami ingin mengucapkan terima kaseh kepada Jabatan Bomba kerana sudi menerima kunjungan kami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan