Isnin, 28 November 2011

Hari Graduasi & Sukan Ria 2011






























Pada hari Sabtu lepas, 26hb November 2011, sekolah kami telah mengadakan 'Hari graduasi & Sukan Ria 2011'. Kami telah mengundang salah seorang daripada Pegawai Pelajaran, Sheikh Noh untuk menjadi tetamu kehormat pada majlis tersebut. Majlis bermula pada pukul 8:45 pagi yang dimulakan dengan bacaan 'Surah Alfatihah' beramai ramai. Di antara aturcara pada majlis tersebut ialah persembahan drama pendek 'Pengembala Kambing & Serigala', nyanyian medley, penyampaian sijil dan hadiah murid cemerlang, Sukan Ria dan juga sambutan harijadi dua orang murid. Acara berakhir pada pukul 11:30 pagi.



Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433



Kepada kaum muslimin dan muslimat di seluruh tanah air di ucapkan selamat menyambut tahun baru HIJRAH 1433.

Ahad, 27 November 2011

Lawatan ke Pusat Pergigian Kebangsaan.



























Pada bulan Jun yang lalu sekolah kami telah mengadakan lawatan ke Pusat Pergigian Kebangsaan di Lapangan Terbang Lama di Berakas. Kami telah disambut oleh beberapa orang jururawat. Kami telah di beri penerangan / taklimat mengenai kesihatan gigi sebelum di bawa melawat ke bilik rawatan gigi dan makmal tempat pembuatan gigi palsu. Di penghuujung lawatan; kami telah di hidangkan jamuan ringan dan 'oleh oleh' oleh pusat berkenaan. Sebelum berangkat pulang; kami telah sempat bergambar beramai ramai untuk kenangan;

Khamis, 17 November 2011

Majlis Penyampaian Sijil dan Sukan Ria

Dimaklumkan kepada ibubapa / penjaga murid bahawa sekolah akan mengadakan majlis penyampaian sijil dan sukan ria pada 26hb november 2011, pukul 8.45 pagi. Semua ibubapa / penjaga murid adalah dijemput hadir ke majlis itu nanti.

Rabu, 16 November 2011

Lawatan ke Balai Bomba Muara







Pada hari sabtu lepas, 12hb November 2011, sekolah kami telah membuat lawatan ke Balai Bomba Muara pada pukul 9:30 pagi. Kami telah di sambut oleh para pegawai dan beberapa ahli bomba. Pada lawatan tersebut kami telah diberi penerangan mengenai Jabatan Bomba, peranan dan fungsi Jabatan Bomba. Di samping penerangan mengenai alatan bomba, kami juga telah di beri kesempatan untuk menaiki kenderan bomba dan juga buih buih untuk memadam kebakaran minyak. pihak kami ingin mengucapkan terima kaseh kepada Jabatan Bomba kerana sudi menerima kunjungan kami.