Isnin, 6 Julai 2009

Gambar2 Sekolah..


Tentang Sekolah Kami

Sekolah ini telah di daftarkan pada tahun 2006 dan telah mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Kementerian Pendidikan pada April 2009 lalu. Sekolah ini mula menerima kemasukan / pendaftaran murid murid baru pada 6hb Julai 2009 lalu.

Memandangkan sekolah ini sekolah baru, sekolah ini hanya menyediakan kelas bagi Kindergarten 1 hingga 3 sahaja. Buat masa ini sekolah ini mempunyai se orang Pengetua, se orang kakitangan pejabat, 3 orang guru dan 2 orang pembantu guru.

Sekolah ini di bina di atas sebidang tanah di kampung Sg. buloh, Muara berkeluasan dalam 0.5 ekar. Bangunan sekolah ini ialah sebuah rumah 'Bungalow' yang telah di ubah-suai menjadi bangunan sekolah. Bangunan ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan dan syarat tanah telah pun mendapat kelulusan pertukaran syarat tanah kepada 'bangunan Sekolah' daripada Jabatan Tanah.

Pihak sekolah telah mendapat kelulusan daripada semua pihak yang bersangkut paut bagi menubuhkan sekolah ini.

Kepada ibubapa yang bekerja di jabatan kerajaan yang ingin mendaftarkan anak abiskita ke sekolah ini, bolehlah membuat tuntutan bayaran bulanan persekolahan anak biskita ke pejabat biskita di mana pihak sekolah kami akan mengeluarkan surat pengesahan penuntut.

Mengenai kurikulum pelajaran sekolah, semua matapelajaran adalah mengikut kurikulum sekolah SPN21 yang mana digabungkan dengan teknik pembelajaran dari Negara Singapura.

MOTO Sekolah

MOTO Sekolah kami ialah 'Every child is special, unique and excellent'. Moto ini di pilih kerana setiap kanak2 itu mempunyai keunikan, keistimewaan dan kecemerlang yang tersendiri. Kerana itulah pihak sekolah kami ingin mencungkil, mengasah dan memperkembangkan lagi kecemerlangan setiap murid kami.

Pakaian Seragam Sekolah
Buat masa ini pakaian seragam sekolah belum lagi di sediakan / di jual, akan tetapi, InshaAllah, sekolah kami akan menyediakan pakaian seragam apabila pakaian tersebut sudah tersedia. Untuk maklumam biskita semua, pihak sekolah memang sudah memilih corak dan warna pakaian seragam sekolah (Kuning, Oren dan Hijau), disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat di elakkan, pakaian seragam tersebut belum tersedia. Namun, untuk tidak menghampakan pihak biskita, biskita boleh melihat contoh pakaian tersebut seperti yang di paparkan di atas.
Kepada biskita yang berhajat untuk menyekolahkan anak anak biskita ke sekolah ini boleh lah berurusan terus ke sekolah kami atau menghubungi kami di alamat dan nombor talian berikut ;-

DKRJ Sunflower School
No 15, Spg 96-27
Kg Sungai Buloh, Muara BU1229
Negara Brunei Darussalam
Tel : 2790006 / 8906060 / 8617977

E-Mail : dkrj_sunflower_school@hotmail.com

Rancangan Tahun 2010

Pada masa ini pihak kami telah memohon lesen ke Kementerian Pendidikan untuk membuka kelas 'Primary' untuk tahun hadapan. InsyaAllah jika mendapat kelulusan, pihak kami bercadang untuk membina blok tambahan untuk kelas 'Primary'.

Rancangan Jangka Panjang

Jika ada rezeki, kami bercadang hendak membuka lagi sabuah cawangan sekolah di kampung Terunjing, Berakas. Masa ini kami telah memohon tanah di sana berkeluasan 1.5 Ekar tanah TOL.