Rabu, 8 Disember 2010

Lawatan ke Pusat Pemuliharaan Penyu









Pada hari Rabu, 24hb November 2010, sekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pengurusan & Pemuliharaan Penyu di Serasa. Pihak kami telah di sambut oleh wakil Jabatan Perikanan dan kami juga di berikan taklimat mengenai pengurusan penyu oleh salah seorang dari Jabatan Perikanan.

Selasa, 7 Disember 2010

Lawatan Ke Pusat Kesihatan











Pada hari sabtu, 20hb November 2010, sekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Kesihatan, di Jalan Kebangsaan. Rombongan kami telah di sambut oleh pihak kementerian dan di bawa melawat ke galeri di kementerian tersebut.

Selasa, 2 November 2010

Gambar lawatan di Borneo Bulletin


Gambar lawatan sekolah ke Kingston Beverages & Creamery sdn bhd dan ke Bangunan Alat Alat Kebesaran DiRaja (Royal Regalia Building) telah di siarkan di akhbar Borneo Bulletin keluaran hari ahad, 31hb Oktober 2010 di mukasurat 9.

Khamis, 28 Oktober 2010

Lawatan ke Royal Regalia Building





Pada hari ini, 28hb Oktober 2010, selepas lawatan ke Kingston Beverages Sdn Bhd, rombongan sekolah kami membuat lawatan terus ke Bangunan alat Alat Kebesaran Diraja (Royal Regalia Building) di pusat bandar.

Lawatan Ke Kingston & Beverages Sdn Bhd

Beratur sebelum masuk ke dalam kilang

Aiman pun ikut jua...

Guru Guru & Pengetua makan 'Ice Cream'

Murid lelaki makan 'Ice Cream'

Murid perempuan pun makan 'Ice Cream'

Semasa pembahagian 'Ice Cream'

Melihat dulu apa jenis 'Ice Cream'

Bergambar Ramai di luar kilang

Happy semua..

Pada hari ini, 28hb Oktober 2010, semua murid beserta 8 orang guru dan kakitangan sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang pembuatan 'Ice Cream' iaitu Kingston & Beverages Sdn Bhd yang bertempat di Pusat Perindustrian Beribi. Rombongan sekolah telah sampai di Kilang pada pukul 8:45 pagi dan telah di sambut dan di berikan taklimat oleh pihak kilang. Pihak kilang telah bermurah hati memberikan 'Ice Cream' percuma kepada semua peserta rombongan sekolah. Rombongan sekolah hanya di benarkan mengambil gambar di luar kawasan kilang kerana membawa dan mengambil gambar di dalam kilang adalah di tegah.

Pihak sekolah sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak kilang kerana telah sudi membenarkan pihak sekolah membuat lawatan dan di atas layanan baik dari pihak kilang.

Peperiksaan Akhir Tahun

Semua murid di sekolah ini telahpun selesai menduduki peperiksaan akhir tahun 2010 yang berlangsung selama 4 hari, dari 18hb Oktober hingga 21hb Oktober 2010 yang lalu. Mudahah mudahan semua murid akan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin...

Selasa, 28 September 2010

Selamat Hari Guru


Kepada semua Guru...'Selamat Hari Guru'...

Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak kami ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.

Selamat Berpuasa


Pihak kami tidak lupa mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada Muslimin dan Muslimat di seluruh Negara Brunei Darussalam.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Waktu persekolahan semasa bulan Ramadhan

Dengan ini dimaklumkan kepada semua ibubapa / penjaga murid bahawa waktu persekolahan murid pada bulan Ramadhan tahun ini ialah seperti berikut:-

8:00 pagi hingga 11:00 pagi (sesi pagi)
11:00 pagi hingga 2:00 pagi (sesi petang)

Sekian untuk makluman.

Khamis, 15 Julai 2010

Selamat Menyambut Hari Keputeraan


Pihak kami ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Keputeraan Baginda Sultan' yang ke 64 tahun. Semoga Baginda kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.


'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik'

Ahad, 11 Julai 2010

Selamat menyambut 'Israk & mikraj'

Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat memperingati 'Israk & Mikraj' kepada seluruh umat Islam yang berada di Negara Brunei Darussalam.

Rabu, 7 Julai 2010

Day Care Service (Perkhidmatan Penjagaan Kanak Kanak)

Pada hari Khamis, 1hb July 2010, sekolah kami telah mula membukakan perkhidmatan penjagaan kanak kanak (Day Care Service). Bayaran untuk setengah hari adalah B$75.00 dan satu hari penuh adalah B$150.00 sahaja. Setakat ini, sekolah kami telah menjaga 2 orang kanak kanak damit pada sebelah pagi. Sesiapa yang ingin perkhidmatan ini bolehlah mendaftar di sekolah kami semasa waktu bertugas.

Ahad, 27 Jun 2010

Birthday E BOB




Pada hari sabtu, 26hb Jun 2010, pihak sekolah telah mengadakan majlis harijadi untuk E BOB. Turut hadir pada hari itu ialah Bapa E BOB sendiri. Murid murid telah di hiburkan dengan persembahan silap mata (Magic Trick) oleh salah seorang kawan bapa E BOB.

Jumaat, 25 Jun 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

Pihak kami ingin mengucapkan 'Selamat Kembali Ke Sekolah' kepada semua murid murid.

Khamis, 17 Jun 2010

Lawatan ke Kilang Pembungkusan













Pada 1 hb June 2010, semua murid telah di bawa melawat ke sebuah kilang pembungkusan makanan di kampung Sabun, Jalan Muara. Rombongan kami telah di sambut oleh kakitangan kilang tersebut. Sebelum itu, penerangan telah di sampaikan oleh salah seorang daripada kakitangan yang bertugas mengenai fungsi kilang tersebut. Di akhir lawatan, pihak kilang telah berbesar hati memberikan cenderamata berupa makanan kepada semua murid dan guru sekolah kami.