Pada hari sabtu lalu, 21hb November 2009, sekolah kami telah mengadakan 'Fun Day' untuk murid murid. Kami juga telah mengundang pihak ibu-bapa / penjaga murid untuk ikut serta dalam acara ini. Pihak sekolah telah menjemput pihak 'Jollibee' berserta maskot mereka bagi menceriakan lagi suasana hari tersebut. Acara bermula pada pukul 8:30 pagi yang di mulai dengan bacaan 'Surah Al-Fatihah' oleh salah seorang murid dari KG3 dan diteruskan dengan ucapan alu aluan oleh Pengetua Sekolah. Banyak aktiviti aktiviti telah berlangsung pada hari tersebut termasuklah peraduan mewarna anjuran pihak 'Jollibee', lomba meniup belon, mengutip gula gula, perlawanan kerusi, mencari benda tersembunyi, meneka jumlah gula gula dalam botol, cabutan nombor bertuah dan permainan 'Bouncer'. Pada hari itu juga berlangsung acara sambutan hari jadi bagi empat orang murid sekolah ini yang lahir pada bulan November dan Disember. Di akhir acara ialah penyampaian hadiah hadiah pertandingan dan penyampaian hadiah bagi murid dan guru cemerlang. Acara berakhir pada pukul 11:30 pagi. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kaseh kepada semua pihak ibu-bapa / penjaga murid di atas kesudian mereka menghadirkan diri dalam memeriahkan lagi acara tersebut.
Isnin, 23 November 2009
School 'Fun day'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan