Rabu, 8 Disember 2010
Selasa, 7 Disember 2010
Selasa, 2 November 2010
Gambar lawatan di Borneo Bulletin
Khamis, 28 Oktober 2010
Lawatan Ke Kingston & Beverages Sdn Bhd
Pada hari ini, 28hb Oktober 2010, semua murid beserta 8 orang guru dan kakitangan sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang pembuatan 'Ice Cream' iaitu Kingston & Beverages Sdn Bhd yang bertempat di Pusat Perindustrian Beribi. Rombongan sekolah telah sampai di Kilang pada pukul 8:45 pagi dan telah di sambut dan di berikan taklimat oleh pihak kilang. Pihak kilang telah bermurah hati memberikan 'Ice Cream' percuma kepada semua peserta rombongan sekolah. Rombongan sekolah hanya di benarkan mengambil gambar di luar kawasan kilang kerana membawa dan mengambil gambar di dalam kilang adalah di tegah.
Pihak sekolah sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak kilang kerana telah sudi membenarkan pihak sekolah membuat lawatan dan di atas layanan baik dari pihak kilang.
Peperiksaan Akhir Tahun
Semua murid di sekolah ini telahpun selesai menduduki peperiksaan akhir tahun 2010 yang berlangsung selama 4 hari, dari 18hb Oktober hingga 21hb Oktober 2010 yang lalu. Mudahah mudahan semua murid akan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin...
Selasa, 28 September 2010
Rabu, 8 September 2010
Selamat Berpuasa
Jumaat, 6 Ogos 2010
Waktu persekolahan semasa bulan Ramadhan
Dengan ini dimaklumkan kepada semua ibubapa / penjaga murid bahawa waktu persekolahan murid pada bulan Ramadhan tahun ini ialah seperti berikut:-
8:00 pagi hingga 11:00 pagi (sesi pagi)
11:00 pagi hingga 2:00 pagi (sesi petang)
Sekian untuk makluman.
Khamis, 15 Julai 2010
Selamat Menyambut Hari Keputeraan
Ahad, 11 Julai 2010
Selamat menyambut 'Israk & mikraj'
Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat memperingati 'Israk & Mikraj' kepada seluruh umat Islam yang berada di Negara Brunei Darussalam.
Rabu, 7 Julai 2010
Day Care Service (Perkhidmatan Penjagaan Kanak Kanak)
Pada hari Khamis, 1hb July 2010, sekolah kami telah mula membukakan perkhidmatan penjagaan kanak kanak (Day Care Service). Bayaran untuk setengah hari adalah B$75.00 dan satu hari penuh adalah B$150.00 sahaja. Setakat ini, sekolah kami telah menjaga 2 orang kanak kanak damit pada sebelah pagi. Sesiapa yang ingin perkhidmatan ini bolehlah mendaftar di sekolah kami semasa waktu bertugas.
Ahad, 27 Jun 2010
Jumaat, 25 Jun 2010
Selamat Kembali Ke Sekolah
Pihak kami ingin mengucapkan 'Selamat Kembali Ke Sekolah' kepada semua murid murid.
Khamis, 17 Jun 2010
Lawatan ke Kilang Pembungkusan
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Pada 1 hb June 2010, semua murid telah di bawa melawat ke sebuah kilang pembungkusan makanan di kampung Sabun, Jalan Muara. Rombongan kami telah di sambut oleh kakitangan kilang tersebut. Sebelum itu, penerangan telah di sampaikan oleh salah seorang daripada kakitangan yang bertugas mengenai fungsi kilang tersebut. Di akhir lawatan, pihak kilang telah berbesar hati memberikan cenderamata berupa makanan kepada semua murid dan guru sekolah kami.
Langgan:
Catatan (Atom)