Khamis, 22 September 2011

Selamat Hari Guru 2011




'Selamat Hari Guru'

diucapkan semua insan yang bergelar guru.



Guru CEMERLANG

Masa sekolah banyak merancang...



Guru GEMILANG

Masa kursus selalu ia datang...







Guru TERBILANG

Semua keraja di buatnya sorang2...



Guru TEMBERANG

Dalam kelas banyak sembang2...



Guru PERASAAN

Dalam kelas siok sorang2...



Guru CURANG

Masa kelas ia hilang2...




SELAMAT HARI GURU..

TERIMA KASEH CIKGU..

Ahad, 11 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Jadi










Pada hari sabtu, 10hb September 2011, sekolah kami telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Semua Ibubapa / penjaga murid telah di jemput hadir pada majlis tersebut. Pada hari tersebut juga berlangsung sambutan hari jadi bagi seorang murid kami iaitu Israq.


Sabtu, 10 September 2011

Beraya ke rumah Ibubapa murid





















Rumah Lala 6hb September 2011






Rumah Aineen 6hb September 2011







Pada hari selasa, 6hb September (Raya ke 7) hingga 8hb September (Raya ke 9), pihak sekolah telah menganjurkan acara berhari raya ke rumah beberapa murid yang tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah sekitar Kg Sg Buloh, Perpindahan Mentiri dan Batu Marang. Diantara tujuan acara ini diadakan ialah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara semua murid, guru guru dan para ibubapa serta untuk mengajar murid akan adab adab berkunjung ke sesebuah rumah.

Pada 6hb September 2011, rombongan sekolah telah beraya ke 2 buah rumah. Rumah pertama sekali rombongan kami kunjungi ialah rumah Aineen Sopia Bte Mohd Redwan yang terletak di Kampung Perpindahan Mentiri. Rombongan kami bertolak pada pukul 9 pagi dan rombongan kami di sambut oleh keluarga Aineen. Bermacam hidangan tlah disediakan dan kami nikmati seperti Kolo Mie, Nugget Ayam, Chicken frank, Ayam Goreng dan bermacam2 lagi.

Selepas rumah Aineen, kami berkunjung pula ke rumah Lala di Sg. Buloh. Kami telah di sambut oleh keluarga Lala. Kami telah dihidangkan dengan Nasi Briyani, Acar, Ayam Merah dan beberapa kueh muih.

Pada 7 hb September, rombongan sekolah kami pergi lagi beraya ke rumah 4 orang murid yang lain dan pada 8hb September, 4 buah lagi telah kami kunjungi. Semua murid merasa sangat seronok akan acara beraya ini. Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terimakaseh di atas kesudian para ibubapa murid menerima kunjungan kami.


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh tanahair, khasnya kepada semua murid murid dan ibubapa / penjaga murid. Maaf zahir dan batin.